Automate your Marketing
with Womplify




 
Wardah's FotoPage

By: Raihatul Wardah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Friday, 8-Aug-2008 06:51 Email | Share | | Bookmark
Punya la sibuk...

my first choc cake...yummy
cookies yg paling enak...resepi drpd roha
Amniy bersama Uncas...
View all 6 photos...
...sampai tak ada ruang nak 'up date' blog ni. Dek kerana melayan kerenah puteri yang paling cilik ni (Amniy)....masak pun ala kadar je....janji kenyang je lah. Kat kepala ni macam-macam resepi yang tersenarai. Mmm...Abang, Eisya, Sarah dan Amniy tunggu je lah masanya nanti...pasti kalian menjilat siku bila ibu masak yang sedap-sedap...he...heee...Ibu dah ada 'baby' cilik ni...banyak 'limitation'....Walla...ada masanya memang ibu ibarat 'super woman'...hu...hu...hu. Ada kalanya ala-ala robot pun boleh gak...kuang3.

Ahaa...ni nak kongsi gak resepi "Choc Moist Cake"

1 cwn koko serbuk
1 cwn gula pasir
1 cwn minyak masak
1 cwn susu segar
1/2 cwn susu pekat
## Kesemua bhn di atas di gaul dan dikacau atas api sehingga semuanya sebati.

3 biji telur ( blh dipukul hanya menggunakan garfu- x perlu guna mixer)
1 sudu teh vanila
1 1/2 cwn tpg gandum
1 sudu teh bikarbonat
##Tepung gandum diayak bersama soda bikarbonat

Caranya:
Setelah memasak kesemua bahan di atas api...tunggu suam. Masukkan pula telur yg telah dipukul tadi. Kmdn masukkan tepung gandum yg diayak bersama soda bikarbonat. Kukus selama 1 1/2 jam. Tutup guna aluminium foil.
Selamat mencuba!


Wednesday, 2-Jul-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
My three little stars...

 
 
 
View all 18 photos...
Aliyatul Batrisya Ahmad Zoolhelmi
Annurfitrina Maisarah Ahmad Zoolhelmi
Amniy Nuwairah Ahmad Zoolhelmi


Friday, 27-Jun-2008 04:02 Email | Share | | Bookmark
Masa pergi Pulau Pinang

Buterfly Farm
Scorpion
Python
Gambar masa pergi ke Penang Buterfly Farm


Wednesday, 25-Jun-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Puteri Ketiga...Amniy Nuwairah

Amniy Nuwairah...
Three Little Angels
Sleeping beauty..
View all 7 photos...
"Kak, cuba teka kakak dapat baby 'boy' ke 'girl'? Itulah pertanyaan doktor di Hospital Ipoh setelah aku selamat melahirkan Amniy Nuwairah, cahaya mataku yang ke- 3. Soalan itu ku jawab ..."boy' yang pada hakikatnya aku sudah mengetahui bahawasanya aku memang akan mendapat baby girl. Manalah tau, sangkaan ku meleset pada kali ini aku mendapat baby boy. Walau apa pun alhamdulillah syukur pada Illahi... Amniy dilahirkan dengan keadaan selamat, seberat 3.7 kg. Syukur...

Hilang rasa kesakitan yang dialami. Selama 2 malam aku menahan 'contraction'...on and off...sedari hari Rabu (26 Mac 2008) lagi. Pada hari Jumaat 28 Mac 2008, jam 3.46 Amniy pun dilahirkan secara normal tetapi aku mengambil epidural.

Kenapa aku mengambil Epidural?....Aku dah tak tertahan menanggung kesakitan yang amat sangat. Ini ada kaitannya dengan masalah 'pre-term' yang telah ku alami seminggu sebelum kelahiran Amniy. 4 malam aku berada di Hospital Ipoh. Aku rasa seperti mahu melahirkan tetapi tempoh belum pun mencukupi. Maka doktor pun memberikan aku ubat 'dexa' supaya kesakitan untuk melahirkan dapat bertahan sehingga cukup pada tempohnya. Memang aku tak boleh buat kerja walaupun memasak. Ini disebabkan bila aku banyak bergerak perut ni rasa mahu jatuh...mengeras seperti bola yang baru dipam.

Tuhan saja yang mengetahui....Pada masa tu semua kerja diambil alih oleh suami yang tercinta. Amat bertuah la aku memiliki suami yang bernama Ahmad Zoolhelmi..seperti makna namanya yang sabar dan sopan-santun. Alhamdulillah...


Saturday, 23-Feb-2008 04:36 Email | Share | | Bookmark
Lama tak 'up date'

bersama Sarah (Annurfitrina Maisarah) di 'train Ekspres Langkawi
Sarah di Pantai Tanjung Rhu, Langkawi
gambar terbaru le nie...
Mmm...sebenarnya dah lama tak 'up date' blog ni. Kononnya nak tunggu gambar yang 'interesting' tapi tak jugak ada. Hari-hari pun perkara yang sama. Sebabnya nak tau...aku dah tak banyak berjalan dek kerana dah tak berapa larat.

Berat dah rasa badan nih. Kandungan pun dah mencecah 8 bulan lebih. Hi! Kali ke-3 mengandung ni teruk betul rasanya. Pada hal 'due date' 14/4/2008 ni. (-+) ada lagi sebulan setengah. Kebetulan tak lama lagi kami ingin berpindah... aku tak sudah-sudah mengemas barang untuk dimasukkan ke dalam kotak. Harap-harap sempatlah ibu berpantang di rumah baru kan 'baby'. (kat dalam perut ni yang selalu menendang-nendang macam tak sabar-sabar je nak keluar). Tunggu ye...bagi ibu can nak mengemas barang-barang ni dulu.

Bermula dari kandunganku 5 bulan lagi aku dah kurang 'energetic'. Kalau tidak akulah orang yang 'paling kuat' berjalan. Kakak iparku pun dulu sampai menggelengkan kepala. Petang nak bersalin...paginya masih bersakan pergi pasar membeli sayur-sayuran untuk dijadikan sajian berbuka puasa. (Masa tu bulan puasa tahun 2003).

Bersalin di Hospital Teluk Intan pada malam raya. Merasalah berhari raya di hospital. Selama ni asyik mendengar dan menonton berita di kaca televisyen mengenai orang lain beraya di hospital...rupa-rupanya terjadi pada diri sendiri. Yang syahdunya...ibuku pun turut sembahyang raya dalam wad tu. Ucapan terima kasih juga kepada anak saudaraku Emy yang turut menunggu dan bermalam di hospital menunggu aku. Memang tidak dapat dilupakan nostalgia ini.

Terima kasih yang tidak terhingga buat ibu yang tersayang dan suami yang tercinta yang banyak berkorban dan memberi sokongan kepada diriku ketika itu. Alhamdulillah...semuanya selamat. Maka kami pun menamakan puteri kami itu ' ANNURFITRINA MAISARAH' sempena kelahiran di Aidil Fitri.


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016 | Powered by Womplify

ns4008464.ip-198-27-69.net